Pages

Monday, 20 June 2011

Habuan untuk Utusan Malaysia

KENA boikot! Itu habuan yang Utusan Malaysia dapat hasil daripada publisiti luar biasa yang mereka berikan pada Pas. Sepanjang muktamar Pas dulu, Utusan Malaysia jadi akhbar yang lebih sudu dari kuah. Semua cerita Pas. Selain cerita Pas yang mereka siarkan cerita Anwar Ibrahim. Lepas tu para pengarang dan pengurus-pnegurus di Utusan Malaysia bising orang UMNO tak beli paper.
Siarkan berita pasal Pas banyak-banyak lepas tu hendak harapkan orang UMNO sokong. Logik ke tu? Mungkin Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang merupakan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak baca Utusan Malaysia sebab itu mereka tidak perasan perkara ini. Sebab itu Ketua Pengarang dan pengarang-pengarang yang mengagung-agungkan Pas termasuk (usaha keras Utusan Malaysia untuk memenangkan golongan ulama) masih lagi berada dalam Utusan Malaysia. Selepas ini siarlah lagi berita-berita tetang Pas. Letak gambar Nik Aziz kat muka depan. Hari  ni pun ada artikel tentang Nik Aziz dari penulis yang cukup simpati dan menyokong kepimpinan ulama Pas. Penulis ini pun dulu khabarnya pernah keluar dari Utusan Malaysia dan pernah berusaha untuk menjatuhkan Utusan Malaysia, tetapi sebab dia baik dengan ketua pengarang maka di bawa masuk untuk memastikan lebih banyak berita-berita mengenai Pas di siarkan. Tetapi hasilnya Utusan Malaysia kena boikot dengan Pas. Orang UMNO pula tidak beli Utusan Malaysia sebab meluat dengan berita-berita Pas yang banyak sangat. Lebih baik beli harakah saja...

No comments:

Post a Comment