Pages

Tuesday, 29 March 2011

Wajar ke gaji CEO Tabung Haji RM82,000 sebulan?

MUNGKIN ramai yang sudah tahu fakta bahawa Ketua Pegawai Ekskutif Tabung Haji di bayar gaji dan elaun kira-kira RM82,000 sebulan. Rasanya ramainya juga yang tidak tahu mengenainya sehingga Ahli Parlimen Bebas, Ibrahim Ali membangkitkannya pada Sidang Dewan Rakyat.
Tabung Haji bukan syarikat korporat yang tabunganya bergantung 100 peratus kepada perniagaaan. Duit dalam tabung haji datang daripada rakyat biasa. Sebahagian besar duit yang disimpan dalam Tabung Haji adalah untuk tujuan menunaikan haji. Lihat siapa majoriti pendeposit di Tabung Haji? Apa latar belakang ekonomi dan pendapatan mereka? Rasanya majoritinya adalah penduduk luar bandar.
Walaupun Tabung Haji ada simpanan berbilion ringgit sekarang ini tetapi ia sebenarnya adalah duit para bakal haji yang disimpat secara sedikit demi sedikit. Duit itulah yang dilaburkan yang mana sebahagian keuntungannya dibayar dalam bentuk bonus dan dividen kepada penyimpan dan sebahagian lagi digunakan sebagai subsidi tambang haji.
Duit hasil keuntungan pelaburan itu digunakan untuk membayar gaji pekerja selain membina bangunan-bangunan yang menjadi mercu tanda hampir di seluruh negara.
Berdasarkan kepada keadaan Tabung Haji itu, matlamat ia ditubuhkan dan punca tabungannya adalah wajar CEOnya dibayar hampir RM1 juta setahun? klik sini untuk membaca  artikel  gaji dan elaun CEO Tabung Haji

No comments:

Post a Comment