Pages

Friday, 2 November 2012

Hebatnya Hassan Ali ada rangkaian radio dan tv

DULU Dr. Hassan Ali merupakan seorang penceramah terkenal, namanya meletup dan popular kerana rekap muncuk di RTM. Bila sudah popular dan ada nama, bermacam-macam habuan diterimanya. Tetapi selepas itu kerana dikatakan tidak puas hati, Hassan Ali, masuk Pas, malah jadi calon bertanding pada pilihan raya umum 2008. Lepas itu menang pula. Lepas menang diangkat menjadi Exco kerajaan negeri Selangor.
Ketika dalam Pas dan ketika jadi exco apa yang Hassan Ali tidak hentam UMNO dan BN. Kiri-kiri, depan, belakang, UMNO dan BN dibelasah Hassan Ali. Mentornya ketika itu ialah Anwar Ibrahim. Tetapi, jodoh Hassan Ali dengan kerajaan Selangor juga tidak lama apabila dia bertelagah dengan pemimpin DAP lalu dilucutkan jawatan Exco. Hassan yang masih ahli Pas dan mengaku tidak akan keluar Pas menubuhkan NGO, JATI.

Antara yang mengangkat Hassan Ali termasuk liputan muka depan ialah akhbar milik UMNO Utusan Malaysia. Bagi Utusan Malaysia bekas-bekas seperti Hassan Ali (tapi Hassan Ali masih ahli Pas dan tak kan keluar Pas), Edzam Md Nor, Zaharin, Zulkifli Nordin semua diangkat jadi hero.
Hassan Ali dihari pelancaran stesen radio dan tvnya
Yang menjadi persoalan sekarang, rezeki Hassan Ali selepas disingkir dari exco Selangor cukup murah. Dalam masa tak berapa lama dia kini sudah memiliki stesen radio dan televisyen sendiri, walaupun berasaskan protokol Internet melalui IMR Network. Malah pelancarannya diberikan liputan yang cukup meluas terutama oleh Utusan Malaysia. Cukup hebat apabila seorang bekas pemimpin Pas yang masih bangga mengatakan dia akan kekal sebagai ahli Pas diberi liputan cukup meluas oleh media UMNO.
Bukan senang nak wujudkan stesen radio dan tv serentak biarpun di Internet. Kos studio dan segala peralatan cukup mahal. Malah syarikat yang berusia lebih 70 tahun macam Utusan Melayu pun tidak mampu capai seperti apa yang dicapai Hassan Ali. Menakjubkan!! Walaupun masih ahli Pas dan tetap setia dengan Pas Hassan Ali mendapat layanan istimewa. Jadi tidak hairanlah kalau akan ada orang UMNO sabotaj sesama mereka pada pilihan raya umum akan datang nanti.

No comments:

Post a Comment