Pages

Friday, 2 December 2011

Utusan tak habis dengan Pas

UTUSAN Malaysia memang semua orang tahu sebagai surat khabar UMNO. Tetapi kadang-kadang akhbar ini nampak taksub dengan Pas. Sebab itu ketika Perhimpunan Agung UMNO pun tetap mahu sebut Pas. Dalam artikel utamanya pada 1 Disember, Utusan tetap letak Pas di depan   lihat sini. Tidak bolehkah ketika Perhimpunan Agung UMNO setahun sekali ketepikan Pas sekejap? Sudahlah ketika Muktamar Pas pun Utusan bagi muka, ini ketika Perhimpunan Agung UMNO pun nak sebut Pas juga?
Penulis ini memang terkenal sebagai seorang yang simpati dengan Pas. Dia pernah berhenti Utusan dan bekerja dengan Sinar Harian keranap merasakan akhbar itu lebih dekat dengan parti pembangkang itu. Tetapi disebabkan prestasi kurang elok dia berhenti dan kembali ke Utusan dengan jawatan yang lebih besar. Nampaknya, mereka yang simpati dengan Pas cukup mendapat tempat dalam Utusan...

No comments:

Post a Comment