Pages

Thursday, 31 March 2011

Pemimpin BN tak mesra rakyat?

Kenapa Perdana Menteri, Abd. Najib Razak perlu keluarkan kenyataan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) kena mesra rakyat? Adakah ini bermakna selama ini para pemimpin tersebut hanya mementingkan jawatan dan tidak mesra rakyat?
Kenapa beliau meminta mereka mengamalkan pendekatan terlalu formal ketika turun ke padang? Maknanya para pemimpin BN yang turun padang ketika ini semuanya berlagak sombong dan bongkak? 
Sebagai pemimpin mereka tidak perlu ditegur dan diingatkan dengan perkara-perkara seperti ini. Sudah semestinya apabila menjadi pemimpin politik lebih-lebih lagi dipilih sebagai wakil rakyat mereka perlu dekat dengat rakyat.
Mereka menjadi ahli parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri bukan atas kepasiti sebagai pemimpin parti atau sebab ada banyak duit. Tetapi sebab mereka diundi dan dipilih oleh rakyat. Apabila diundi dan dipilih oleh rakyat maka kena lah dekat dengan rakyat. Jangan bila tiba musim pilihan raya baru mahu tunjukkan muka dan pura-pura berjasa. Rakyat sudah cukup cerdik untuk menilai watak dan pekerti setiap wakil rakyat yang mereka pilih. Jika tabiat buruk itu yang dijadikan amalan oleh para pemimpin BN hingga Perdana Menteri perlu tegur dan beri peringatan maka ia bukan petanda baik kepada parti itu.
Sikap tersebut jika tidak diubah segera bakal membawa petaka kepada BN pada pilihan raya umum yang akan datang. Malah, pataka itu mungkin akan tiba lebih awal pada pilihan raya negeri Sawarak pertengahan April ini. Jangan bersikap seperti pahat dengan penukul, sekali ketuk baru sekali buat kerja.

No comments:

Post a Comment