Pages

Friday, 1 April 2011

Bung Mokhtar atau Utusan Malaysia gender bias?

APA motif Utusan Malaysia meletakkan berita Bung Mokhtar Radin mengutuk pemandu wanita di Parlimen di muka satu? Adakah kerana nilai beritanya yang tinggi atau disebabkan sentimen pengarang-pengarang akhbar itu yang suka memperlekehkan wanita?
Lagi pula, adakah kenyataan Bung Mokhtar itu berdasarkan kajian atau kerana sifat semulajadinya yang suka memandang rendah kepada keupayaan wanita?Baca di sini kenyataan Bung Mokhtar dalam Utusan Malaysia Jika dilihat kepada beberapa rencana di Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia kebelakangan ini memang terdapat kecenderungan untuk menghentam wanita secara membabi buta. Ini termasuk komen dalam ruang Awang Selamat. Sebelum ini, dalam salah satu rencana di Mingguan Malaysia  ( klik sini untuk baca) juga turut memperlekehkan wanita. Malah turut merujuk golongan wanita sebagai `puak-puak'. Mungkin mentaliti pengarang-pengarang di Utusan Malaysia suka memperlekehkan wanita termasuk ibu, isteri dan anak perempuan mereka sendiri.

No comments:

Post a Comment