Pages

Sunday, 5 June 2011

UMNO pertahan Utusan, Utusan kena sokong UMNO

UMNO bahagian Jerantut mahu akhbar Utusan Malaysia terus dipertahankan. Klik sini untuk baca kenyataan Ketua Bahagiannya. Itu bukan sesuatu yang baru. UMNO adalah pemegang saham utama Utusan. Sepatutnya, setiap ahli UMNO wajib membeli senaskah akhbar Utusan setiap hari sebagai sokongan. Tetapi itu tidak berlaku. Tentunya ada bermacam-macam sebab dan alasan kenapa majoriti ahli UMNO tidak beli dan baca Utusan Malaysia.
Salah satu sebabnya ialah berita-berita mengenai UMNO jarang disiarkan dalam Utusan Malaysia. Kalau dilihat sehari dua ini, Utusan Malaysia sudah jadi seperi Harakah. Malah lebih dari Harakah dalam menyiarkan story-story Pas. Ibarat lebih sudu dari kuah. Ketika para pemimpin dan penyokong Pas melabelkan macam-macam pada Utusan Malaysia, para pengarangnya tetap menyanjung berita-berita mengenai Pas. Pada hari yang tidak ada berita tentang Pas ia diisi dengan cerita-cerita Anwar Ibarahim.
Akibatnya, tidak ada berita-berita UMNO untuk dibaca oleh ahli-ahli akar umbi. Yang lain kebanyakan berita adalah berkaitan kerajaan. Utusan Malaysia tidak tahu membezakan antara berita mengenai kerajaan dan berita mengenai UMNO.
Cuba tanya ketua-ketua bahagian UMNO yang lebih 200 orang itu (terutama yang tidak ada jawatan di peringkat tertinggi parti dan kerajaan) pernahkan muka mereka keluar dalam Utusan Malaysia (sekurang-kurangnya untuk berita wilayah)? Rasanya ramai yang tidak pernah. Jika berita mengenai Pas dan PKR lebih banyak menguasai Utusan Malaysia (tidak kira sama ada negatif  mahupun positif). Yang pasti kalau dikira publisiti untuk pemimpin pembangkang lebih banyak daripada pemimpin UMNO sendiri.
Jadi Utusan Malaysia terutama di negeri-negeri kena juga menyokong UMNO supaya apa yang dilakukan oleh pemimpin parti itu peringkat umbi turut mendapat tempat dalam akhbar yang dikatkan akhbar UMNO.

No comments:

Post a Comment