Pages

Monday, 20 June 2011

Kenapa Musa Sheikh Fadzir marah sangat dengan UDA?

SEJAK dua menjak ini Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang cukup galak membelasah UDA. Menggunakan Utusan Malaysia sebagai landasan, Musa boleh dikatakab setiap hari menghentam UDA. Semuanya berkaitan dengan projek-projek UDA yang dikatakan tidak diberikan kepada mereka yang berhak.
Malah cara musa bercakap dan cara dilaporkan oleh Utusan Malaysia seolah-oleh menggambarkan itu suara UMNO Pulau Pinang.
Tetapi realitinya Musa bercakap atas kapasiti individu kerana dia sebenarnya ada terkilan dan terasa hati dengan UDA. Namun, tidak ada siapa pun yang tampil menyiasat mengapa Musa begitu lantang menentang UDA dan Nur Jazlan. Daripada cara berita disiarkan seolah-olah Musa juara isu Melayu dan mahu mempertahankan UDA yang merupakan antra institusi milik bumiputera yang masih ada. Realitinya siasatlah kenapa Musa bertindak demikian. Ia pasti berkaitan dengan apa yang dia dapat dan apa yang tidak dapat.
Selain itu, kenapa Utusan Malaysia juga turut menghentam UDA habisan-habisan (cuma kebelakangan ini sahaja akhbar itu mula menyiarkan reaksi Nur Jazlan)? Selain Musa, Utusan Malaysia turut menggunakan Perkasa untuk menghentam UDA. Sebabnya Ketua Pengarang Kumpulan Utusan merupakan kawan baik kepada bekas Pengarah Urusan UDA yang telah letak jawatan tu. Semuanya ada kaitan

No comments:

Post a Comment