JUMAAT lalu merupakan kali pertama saya hadir ke pejabat Utusan Malaysia di Jalan Lima off Jalan Chan Sow Lin. Walaupun sentiasa kagum dengan akhbar yang perjuangannya bermula pada 1938 itu, namun baru kali ini berkesempatan melihat bangunan ibu pejabatnya yang agak daif berbanding dengan akhbar-akhbar lain. Itu pun sebab untuk sama menyertai demo oleh Perkasa dan Pemuda UMNO bagi menyokong akhbar yang menjadi suara Melayu itu.
Tetapi apa yang musykil kenapa bos-bos Utusan tidak kelihatan? Menurut cakap-cakap dari kakitangan Utusan, bos-bos utama mereka terutama yang membuat keputusan untuk menyiarkan berita mengenai kristian itu tidak ada di pejabat ketika demo tersebut. Ketua Pengarangnya hanya datang kemudian itupun selepas di telefon bahawa Perkasa dan Pemuda UMNO mahu menyerahkan nota sebagai tanda sokongan.
Sepatutnya, kalau Angkatan Muda Keadilan mahu buat demo sekalipun bos-bos Utusan ini sepatutnya ada bagi mempertahankan akhbar mereka dan bagi memberi sokongan moral kepada pekerja-pekerja yang berada di pejabat ketika demo berlangsung. Lagi pun ini antara sejarah yang berlaku dalam Utusan. Tetapi bos-bosnya lari, kenapa? Yang ke depan katanya bukan Ketua Pengarang atau Timbalan Ketua Pengarang atau pengarang-pengarang kanan lain. Ketika orang lain berusaha keras untuk mempertahankan Utusan bos-bosnya pula menyembunyikan diri. Kenapa takut untuk berjuang? Sepatutnya mereka berani kerana benar.
No comments:
Post a Comment