Pages

Thursday, 19 May 2011

Betul ke isu kristian tak berbangkit?

BETUL ke isu pasal kristian sebagai agama rasmi tidak dibangkitkan pada pada pertemuan para pastor atas anjuran DAP di Penang? Apa buktinya kalau betul ia tidak dibangkitkan? Kenapa pula Presiden Transparency International Malaysia, Datuk Paul Low tiba-tiba tampil membuat kenyataan dan tiba-tiba menawarkan diri menjadi saksi. Nampak macam tak tranparen saja? Peri bahasa Melayu ada berkata, tak da angin tak kan pokok bergoyang. Akhbar yang terdedah kepada pelbagai bentuk tindakan mahkamah tidak mungkin berani menyiarkan berita sembarangan. Jika salah lapor tidak menang mahu menangkis saman kiri kanan depan belakang. Jika betullah akhbar salah lapor dan salah fakta sudah tentu saman berjela-jelan sampai ke meja. Lebih-lebih lagi bagi orang yang memperjuangkan kebebasan media macam Lim Guan Eng, dia sudah tentu tidak melepaskan peluang untuk saman akhbar jika ada ruang untuk berbuat demikian. Asal ada berita yang tidak menepati kehendak dan tersalah fakta sudah tentu dia akan menyaman.
Jadi kenyataan Low itu boleh dipertikaikan. Nampaknya Low juga tidak transparen bila membabitkan hal yang ada kepentingan peribadi, kaum dan agama. Yang pasti perhimpunan itu ada dan perbincangan juga ada. Cuma mereka yang ada dalam dewan itu saja yang tahu. Tapi kalau benar tidak ada isu berkaitan kristian dan agama rasmi tidak mungkin perkara ini akan tersebar keluar. Adakah Low bercakap benar?

No comments:

Post a Comment