KENAPA portal berita Malaysiakini dan Malaysia Insider begitu beriya-iya menghentam Utusan Malaysia? Matlamat hanya satu iaitu untuk menarik lebih ramai pembaca ke laman web mereka. Sebab itu mereka begitu bersungguh menceri bahan berita berkaitan dengan Utusan Malaysia untuk disiarkan.
Malah Malaysiakini sanggup menyelongkar hal dalaman Utusan Malaysia seperti memo supaya menghentam Buku Jingga supaya, bahan berita mengenai Utusan Malaysia tidak terputus.
Tanpa berita mengenai Utusan Malaysia, pelawat ke portal berita itu akan merudum. Berapa kerat sangat yang mahu baca berita yang mengagung-agungkan DAP, PKR, Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim.
Salah satu cara untuk menarik pembaca ialah dengan menyiarkan berita-berita yang menghentam akhbar lain terutama Utusan Malaysia. Tidakkah petugas-petugas Malaysiakini dan Malaysia Insider juga ada menerima memo dari ketua mereka supaya melakukan apa saja untuk menghentam Utusan Malaysia? Tentunya ada. Jika tidak, tidak mungkin mereka bermati-matian mencari berita untuk menghentam Utusan Malaysia. Malah, keghairahan para pengarang di Malaysiakini dan Malaysia Insider mencari berita-berita yang berkaitan Utusan Malaysia menunjukkan akhbar ini mempunyai nilai berita yang tinggi. Ia secara langsung menafikan para pengikut portal berita itu dalam komen-komen mereka bahawa Utusan Malaysia tidak ada nilai dan tidak berguna.
Kalau tidak ada nilai dan tidak berguna atau sekadar akhbar picisan tidak mungkin ia akan menjadi bahan dalam laporan dalam portal tersebut. Portal-portal tersebut tentunya tidak akan menghidangkan barita bertaraf picisan atau sampah kepada pembaca mereka.
Tanpa berita tentang Utusan Malaysia portal-portal tersebut sudah tentu kehilangan pengunjung yang ramai ke web mereka. Sekurang-kurangnya golongan ini mengakui Utusan Malaysia memiliki nilai berita yang tinggi.
No comments:
Post a Comment