RABU 25 Mei kerajaan mengumumkan tidak akan menaikkan harga petorl RON95 dan gas LPG. Ketika pengumuman itu dibuat setelah satu negara kecoh bahawa harga kedua-dua bahan api itu akan dinaikkan. Malah perkara itu turut dipolitikkan oleh parti-parti tertentu hingga menimbulkan kegusaran di kalangan rakyat.
Anwar Ibarahim dalam sesi soal jawabnya dalam Yahoo Malaysia terus berikrar akan menurun harga minyak jika beliau dan rakan-rakan memerintah. Desas-desus kenaikan harga minyak itu dimanipulasi habis-habisan seolah-oleh kerajaan tiada pilihan lain selain menaikkan.
Persoalannya, kenapa pihak yang terbabit terutama Ismail Sabri membiarkan perkara ini dimanipulasi begitu hingga hampir mencetuskan kepanikan? Kenapa pihak kerajaan membiarkan lawan mereka menggunakan isu harga bahan api ini sebagai modal politik mereka bagi meraih populariti. Isu ini melahirkan ramai penentang terhadap kerajaan. Sepatutnya dari awal lagi Ismail Sabri tampil menyakinkan rakyat bahawa harga minyak dan LPG tidak akan naik.
Ini setelah satu negara riuh rendah tiba-tiba kerajaan umum harga tidak naik. Sudah tentu ini menjadi modal oleh pihak pembangkang bahawa harga tidak naik sebab mereka bising. Sebelum ini ada ura-ura nak naik, tetapi disebabkan mereka bising kerajaan tidak jadi naikkan harga ROn95 dan LPG. Sepatutnya dari awal lagi Ismail Sabri sudah boleh menenangkan rakyat dengan memberitahu harga tidak akan naik. Tidak mungkin baru semalam dia tahu bahawa harga kedua-dua bahan api itu tidak naik.
Apa yang ada dalam persepsi rakyat sekarang ialah kerajaan memang bercadang menaikkan ahrga RON95 dan LPG. Tetapi disebabkan pembangkang bising, maka kerajaan tertekan lalu membatalkan kenaikan tersebut.
No comments:
Post a Comment