MOHAMAD Mohd Taib boleh dikatakan orang lama dalam Umno. Pernah jadi Menteri Besar Selangor, tetapi terpaksa melepaskan jawatan itu kerana isu bawa wang ke Australia. Antara yang paling dahsyat mengkritik dan menghentam ketika itu ialah Pas.
Dia yang juga terkenal dengan gelaran Mike Tyson selepas itu diberi peluang lagi oleh Umno dan BN, menjawat jawatan menteri dan Ketua Penerangan Umno.
Tapi sudah menjadi realiti hidup tak semuanya akan kekal. Macam itu juga Mat Taib, bila prestasi sudah menurun maka parti perlu cari orang baru. Lagi pula eranya sudah berlalu.
Jadi, jika sekarang Mat Taib rasa dirinya lebih diperlukan oileh Pas dan dia boleh berjasa kepada Pas, maka rasanya itu tak mendatangkan apa-apa kerugian kepada Umno dan BN.
Ini komen Mat Taib bila ditanya sama ada dia masuk Pas
Awang Deke
Friday, 12 April 2013
Friday, 2 November 2012
Hebatnya Hassan Ali ada rangkaian radio dan tv
DULU Dr. Hassan Ali merupakan seorang penceramah terkenal, namanya meletup dan popular kerana rekap muncuk di RTM. Bila sudah popular dan ada nama, bermacam-macam habuan diterimanya. Tetapi selepas itu kerana dikatakan tidak puas hati, Hassan Ali, masuk Pas, malah jadi calon bertanding pada pilihan raya umum 2008. Lepas itu menang pula. Lepas menang diangkat menjadi Exco kerajaan negeri Selangor.
Ketika dalam Pas dan ketika jadi exco apa yang Hassan Ali tidak hentam UMNO dan BN. Kiri-kiri, depan, belakang, UMNO dan BN dibelasah Hassan Ali. Mentornya ketika itu ialah Anwar Ibrahim. Tetapi, jodoh Hassan Ali dengan kerajaan Selangor juga tidak lama apabila dia bertelagah dengan pemimpin DAP lalu dilucutkan jawatan Exco. Hassan yang masih ahli Pas dan mengaku tidak akan keluar Pas menubuhkan NGO, JATI.

Friday, 2 December 2011
Utusan tak habis dengan Pas
UTUSAN Malaysia memang semua orang tahu sebagai surat khabar UMNO. Tetapi kadang-kadang akhbar ini nampak taksub dengan Pas. Sebab itu ketika Perhimpunan Agung UMNO pun tetap mahu sebut Pas. Dalam artikel utamanya pada 1 Disember, Utusan tetap letak Pas di depan lihat sini. Tidak bolehkah ketika Perhimpunan Agung UMNO setahun sekali ketepikan Pas sekejap? Sudahlah ketika Muktamar Pas pun Utusan bagi muka, ini ketika Perhimpunan Agung UMNO pun nak sebut Pas juga?
Penulis ini memang terkenal sebagai seorang yang simpati dengan Pas. Dia pernah berhenti Utusan dan bekerja dengan Sinar Harian keranap merasakan akhbar itu lebih dekat dengan parti pembangkang itu. Tetapi disebabkan prestasi kurang elok dia berhenti dan kembali ke Utusan dengan jawatan yang lebih besar. Nampaknya, mereka yang simpati dengan Pas cukup mendapat tempat dalam Utusan...

Wednesday, 9 November 2011
Lagi kesilapan dalam Utusan Malaysia
SAMPAI bila akan berterusan? Itu antara pertanyaan apabila setiap kali membaca akhbar milik UMNO - Utusan Malaysia. Boleh kata selang sehari atau dua hari akan ada kesilapan-kesilapan besar yang perlukan ralat atau meminta maaf. Akhbar yang mempunyai kredibilti yang memperjuangkan isu Melayu dan Islam kini ada yang menganggapnya sebagai akhbar penipu kerana asyik menerbitkan pembetulan dan permohonan maaf. Malah ada pemimpin UMNO sendiri yang mula tidak mempercayai akhbar ini. Mengapa begitu? Kenapa tidak ada usaha untuk membetulkannya?
Ralat pada keluaran 8 Nov. |
Ralat minggu lalu |
Friday, 4 November 2011
Ralat dan Utusan Malaysia sinonim
SEJAK kebelakangan ini akhbar Utusan Malaysia banyak melakukan kesilapan. Ini berdasarkan kepada pembetulan atau ralat yang terdapat dalam akhbar ini hampir setiap minggu. Kadang-kadang perkara yang silap itu hanya pada berita yang mudah-mudah.
Persoalannya, Utusan Malaysia dimiliki UMNO. Jika perkara seperti ini berterusan, ia bukan sahaja menjejaskan kredibiliti akhbar itu yang sekarang ini katakan makin merosot, tetapi juga imej UMNO.
Bagaimana orang mahu mempercayaai UMNO jika lidah rasminya asyik menyiarkan fakta yang salah, asyik dengan ralat dan asyik dengan saman?

Monday, 20 June 2011
Kenapa Musa Sheikh Fadzir marah sangat dengan UDA?
SEJAK dua menjak ini Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang cukup galak membelasah UDA. Menggunakan Utusan Malaysia sebagai landasan, Musa boleh dikatakab setiap hari menghentam UDA. Semuanya berkaitan dengan projek-projek UDA yang dikatakan tidak diberikan kepada mereka yang berhak.
Malah cara musa bercakap dan cara dilaporkan oleh Utusan Malaysia seolah-oleh menggambarkan itu suara UMNO Pulau Pinang.
Tetapi realitinya Musa bercakap atas kapasiti individu kerana dia sebenarnya ada terkilan dan terasa hati dengan UDA. Namun, tidak ada siapa pun yang tampil menyiasat mengapa Musa begitu lantang menentang UDA dan Nur Jazlan. Daripada cara berita disiarkan seolah-olah Musa juara isu Melayu dan mahu mempertahankan UDA yang merupakan antra institusi milik bumiputera yang masih ada. Realitinya siasatlah kenapa Musa bertindak demikian. Ia pasti berkaitan dengan apa yang dia dapat dan apa yang tidak dapat.
Selain itu, kenapa Utusan Malaysia juga turut menghentam UDA habisan-habisan (cuma kebelakangan ini sahaja akhbar itu mula menyiarkan reaksi Nur Jazlan)? Selain Musa, Utusan Malaysia turut menggunakan Perkasa untuk menghentam UDA. Sebabnya Ketua Pengarang Kumpulan Utusan merupakan kawan baik kepada bekas Pengarah Urusan UDA yang telah letak jawatan tu. Semuanya ada kaitan

Habuan untuk Utusan Malaysia
KENA boikot! Itu habuan yang Utusan Malaysia dapat hasil daripada publisiti luar biasa yang mereka berikan pada Pas. Sepanjang muktamar Pas dulu, Utusan Malaysia jadi akhbar yang lebih sudu dari kuah. Semua cerita Pas. Selain cerita Pas yang mereka siarkan cerita Anwar Ibrahim. Lepas tu para pengarang dan pengurus-pnegurus di Utusan Malaysia bising orang UMNO tak beli paper.
Siarkan berita pasal Pas banyak-banyak lepas tu hendak harapkan orang UMNO sokong. Logik ke tu? Mungkin Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang merupakan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak baca Utusan Malaysia sebab itu mereka tidak perasan perkara ini. Sebab itu Ketua Pengarang dan pengarang-pengarang yang mengagung-agungkan Pas termasuk (usaha keras Utusan Malaysia untuk memenangkan golongan ulama) masih lagi berada dalam Utusan Malaysia. Selepas ini siarlah lagi berita-berita tetang Pas. Letak gambar Nik Aziz kat muka depan. Hari ni pun ada artikel tentang Nik Aziz dari penulis yang cukup simpati dan menyokong kepimpinan ulama Pas. Penulis ini pun dulu khabarnya pernah keluar dari Utusan Malaysia dan pernah berusaha untuk menjatuhkan Utusan Malaysia, tetapi sebab dia baik dengan ketua pengarang maka di bawa masuk untuk memastikan lebih banyak berita-berita mengenai Pas di siarkan. Tetapi hasilnya Utusan Malaysia kena boikot dengan Pas. Orang UMNO pula tidak beli Utusan Malaysia sebab meluat dengan berita-berita Pas yang banyak sangat. Lebih baik beli harakah saja...

Subscribe to:
Posts (Atom)