BUKAN niat untuk menghentam Utusan Malaysia yang sememang kini dihentam kiri kanan depan belakang ekoran penyiaran artikle mengenai usaha kristian untuk menukat agama rasmi negara. Saya memang sentiasa menyokong Utusan Malaysia, tetapi tetap terpanggil untuk membuat sedikit teguran mengenai sikap akhbar ini yang tidak berhati-hati dan tidak sensitif.
Ketua Pengarang Utusan Malaysia sepatutnya lebih mengetahui apa juga isu yang membabitkan agam dan kaum di negara ini cukup sensitif. Tersalah cuit ia boleh membawa kepada polarisasi kaum dan agama yang serius. Sebab itu, jika pihak Utusan Malaysia bersikap matang dan berfikir panjang mereka akan menyiasat dengan terperinci perkara ini supaya ada alibi untuk mempertahankan diri.
Tetapi apa yang dilakukan Utusan Malaysia ialah sekadar menyiarkan semula apa dipaparkan oleh dua blog. Sepatutnya Utusan Malaysia sebagai media arus perdana perlu membezakan diri mereka dengan blog. Blog lain sebab ia membawa suara individu jadi jika ia melaporkan berdasarkan kepada khabar angin tanpa bukti kukuh masih boleh diterima.
Tetapi Utusan Malaysia berbeza. Apa yang dilaporkan akan diarkibkan. Jika tersalah lapor ia tidak akan terlepas daripada tindakan pihak-pihak yang terbabit. Lagi pula Utusan Malaysia membawa suara UMNO yang akan dikaitkan dengan Barisan Nasional.
Disebabkan terlalu mengikut rentak blogger Utusan Malaysia kini tidak ada asas untuk mempertahan diri, Mereka tidak ada gambar, rakaman atau apa juga bukti untuk mempertahankan diri. Laporan itu dibuat dalam keadaan tergesa-gesa atau terlalu teruja mungkin dengan harapan untuk meraihkan pembaca. Tetapi strategi itu nampaknya makan diri. Tempias pula turut terkena pada UMNO dan BN. Selepas menyiarkan berita itu di muka depan, Utusan Malaysia kini hanya berdiam apabila di hentam kiri kanan. Jika mereka bersedia, sudah tentu mereka dapat mempertahankan artikel tersebut supaya dapat mempertahankan diri dan mempertahankan UMNO dan BN.
Tapi nampkanya Utusan Malaysia sudah memberi bola tanggung kepada DAP. Yang sedihnya smash bertubi-tubi dari pihak DAP itu tidak mampu dibalas oleh Utusan Malaysia sebab mereka tidak bersedia. Mereka sudah tersalah langkah. Mereka menyiarkan artikel itu tanpa persediaan untuk mempertahankannya. Akibatnya, Perdana Menteri turut terbeban untuk menjawab apa yang disiarkan Utusan Malaysia itu.
Yang pasti Lim Guan Eng kini menjaja sana-sini supaya tindakan diambil terhadap Utusan Malaysia. Semua ini meletakkan para pemimpin UMNO yang juga pemimpin dalam kerajaan dalam keadaan serba salah.
Sepatutnya para Ketua Pengarang dan para pengarang Utusan Malaysia melakukan siasatan sendiri sebelum menyiarkan laporan itu. Bukannya bergantung 100 peratus kepada laporan blog. Sekarang, Utusan Malaysia tidak mampu mempertahan diri. Malah, ia turut memberi tekanan kepada para pemimpin UMNO yang mana sedikit sebanyak isu ini bakal dijaja pada pilihan raya umum akan datang.
No comments:
Post a Comment