KENAPA isu cukai tanah dan bekalan air di Universiti Utara Malaysia masih juga tidak selesai-selasai? Sebelum ini apabila pihak pengurusan universiti mengadu hal cukai yang terlalu tinggi, kerajaan negeri berkata itu disebabkan sebelum ini cukai tanah untuk UUM diberika potongan khas. Jadi, kalau mereka masih mahukan kadar yang sama kena buat rayuan.
Tetapi selepas UUM mengemukakan rayuan alasan lain pula diberikan iaitu ia permohonan untutk dapat rebat itu di tolak oleh pajabat tanah. Sedangka kerajaan negeri tentunya mempunyai kuasa untuk mengarahkan pejabat tanah.
Apa niat kerajaan Pas Kedah bertindak demikian? Kenapa sebuah institusi ilmu yang mendidik anak bangsa termasuk anak-anak pemimpin dan penyokong Pas di perlakukan sedemikian? Apa faedah yang diperolehi Pas Kedah dengan bertindak menganiaya UUM seperti itu?
Ia seolah-olah pihak kerajaan Pas Kedah mahu menekan pihak pentadbiran UUM. Sedangkan jika dilihat di seluruh Kedah terdapat banyak lagi tanah yang tidak dibayar cukai. Dalam kes UUM, bukan masalah pihak universiti itu tidak bayar tetapi sekadar mahupun rebat. Pemberian rebat itu juga akan dilihat sebagai sokongan kepada institusi ilmu yang mendidik anak bangsa kita.
Nampaknya, kerajaan Pas Kedah tidak peduli semua itu. Yang penting bagi mereka nilai cukai tanah bernilai lebih RM1 juta itu. Adakah ini bermakna jika UUM gagal menjelaskan cukai itu, maka universiti itu akan ditutup? Jika dilihat kepada senario sekarang tidak mustahil itu akan berlaku.
Begitu juga halnya dengan Syarikat Air Darul Aman (SADA). Apa halnya tiba bercakap isu kononnya warga kampus UUM melakukan pembaziran air sehingga mencecah 302.7 liter sehari. Bagaimana pula dengan pembaziran di tempat lain? Soalnya sekarang SADA gagal menguruskan air di Kedah dengan baik. Sebab itu bekalan air sering terputus di Kedah. Tetapi . Purata pembaziran air yang dilakukan oleh SADA itu adakah oleh penghuni di UUM secara individu atau untuk keseluruhan kampus UUM? Kenapa mahu cari salah sampai begitu sekali, sedangkan isunya warga kampus tak dapat bekalan air?
Inilah pemerintahan yang dipilih oleh rakyat Kedah yang bertindak sampai tidak kira apa. Langsung tidak ada pertimbangan terhadap institusi ilmu seperti UUM. termasuk di kalangan pentadbir kanannya dan juga para ahli akademik yang pro kerajaan negeri hanya berdiam.
No comments:
Post a Comment