Pages

Tuesday, 3 May 2011

Bloggers lebih penting dari arus perdana

SUDAH nyata lagi bersuluh, era kini adalah era media elektronik terutama era para juru blog atau bloggers. Buktinya pada hujung bulan lalu apabila berlangsung dau majlis yang membabitkan dua generasi media di negara ini.
Pada 24 April berlangsung buat pertama kalinya majlis anjuran Blog House Malaysia yang mana Perdana Menteri, Najib Razak dan Dr. Mahathir Mohamad telah hadir sebagai tetamu istimewa. Kemudian seminggu selepas itu diadakan pula Anugerah Kewartawanan
Malaysia yang selama ini tidak pernah gagal di hadiri sama ada oleh Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri.
Tetapi majlis pada 30 April itu tidak kelihatan kelibat Najib atau timbalannya. Yang hadir ialah menteri yang penuh kontroversi terutama kalagan blogger, Rais Yatim. Jadi, apa makna yang tersirat di sebalik dua majlis itu? Yang jelas ialah media arus perdana kurang dipedulikan sebenarnya oleh pemimpin negara ini.
Sebab itu itu Najib memilih hadir pada persidangan blogger tetapi tidak kepada anugerah kewartawanan. Blogger kini merupakan golongan penting dalam membentuk persepsi rakyat.
Sedangkan media arus perdana sudah pasti akan menurut kata, boleh dicucuk hidung. Sebab itu para pemimpin negara tidak lagi meletakkan kehadiran untuk bersama para pengarang kanan termasuk ketua-ketua pengarang sebagai satu kepentingan. Dangan hanya satu sms ketua-ketua pengarang akan terkejar-kejar datang mengadap pemimpin atau menyiarkan apa yang diarahkan. Tetapi perkata itu tidak boleh dilakukan pad blogger, sebab itu Perdana Menteri perlu turun untuk bertemu mereka.
Malah, pada beberapa pilihan raya kecil sebelum ini pun jelas yang Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri lebih mengutamakan blogger. Pada sesi sarapan bersama petugas media atau pertemuan yang diadakan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri lebih selesa untuk duduk semeja dan berkongsi pandangan dengan para blogger, sedangkan petugas media arus perdana hanya duduk semeja sesama mereka membincangkan apa yang hendak ditulis.
Malah Zahid Hamidi pada satu majlis di Sarawak, ketika makam malam sambil belayar di Sungai Sarawak hanya duduk dan bersembang dengan para blogger. Pada editor kanan termasuk ketua pengarang yang hadir sama  dia hanya sekadar menegur begitu saja tidak duduk bersembang dan berbincang.
Ini jelas bahawa peranan para blogger telah diiktiraf. Idea mereka diperlukan dan lebih utama daripada apa yang disajikan oleh media arus perdana.
Sikap yang ditunjukkan oleh para pemimpin ini jelas bahawa mereka amat memerlukan sokongan blogger. Ketika media arus perdana telah hilang kredibiliti kerana membiarkan diri mereka menjadi lembu yang dicucuk hidup, para blogger merupakan alternatif kepada para pemimpin terbabit untuk meraih sokong rakyat.
Jika media arus perdana masih lagi penting dan relevan sudah tentu Najib akan hadir pada Anugerah Kewartawanan Malaysia. Tetapi sebaliknya, anugerah itu di ketepikan tetapi Najib sudi datang pada persidangan blogger. Itu realiti yang perlu diterima dan ditelan oleh media arus perdana. Mereka bukan lagi primadona para pemimpin  negara. Buktinya jelas dan nyata.

No comments:

Post a Comment