Pages

Friday, 29 April 2011

Sumpah laknat Shazryl Eskay

AHLI  perniagaan Shazryl Eskay Abdullah (tengah) melafaz sumpah laknat sambil memegang senaskhah Al-Quran di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul hari ini, bagi membuktikan  Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam sebuah video seks yang didedahkannya bulan lepas. Turut hadir bekas Ketua Menteri Melaka Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Shuib Lazim (kanan). Mereka adalah Datuk T yang mendedahkan video itu pada 21 Mac lepas.

 KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) — Walaupun terdapat cubaan sabotaj oleh penyokong pembangkang, namun ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul untuk membuktikan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video seks yang didedahkannya bulan lepas.
Beliau melakukan sumpah laknat tersebut kira-kira pukul 4.20 petang untuk  mempertahankan bahawa pelaku dalam video seks hitam putih itu adalah ketua pembangkang itu yang sebelum ini telah menafikan dakwaan tersebut.
Angkat sumpah yang berlangsung kira-kira lima minit itu menyaksikan Eskay mengangkat sumpah dengan memegang senaskhah Al-Quran di hadapan wartawan, jurugambar dan jurukamera.
Sebelum itu, seorang pendakwah bebas, Firdaus Supri memberi penerangan kepada Trio Datuk T tentang risiko melakukan sumpah laknat jika perkara itu tidak benar.
Eskay bersama dua lagi Trio Datuk T iaitu Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim tiba di masjid tersebut kira-kira pukul 4.10 petang menaiki kereta Toyota Estima.
Ketiga-tiga mereka yang diiring oleh anggota polis untuk masuk ke dalam masjid, memakai baju kalis peluru untuk keselamatan masing-masing. - Bernama
 

No comments:

Post a Comment