Kenapa Anwar Ibrahim melenting? |
Jika jam tersebut ada dalam simpanan, sama ada simpanan isteri atau sendiri tunjukkan kepada awam supaya segala kemusykilan terjawab. Sebabnya, jam tersebut merupakan antara yang dapat membuktikan dirinya bulan individu dalam video seks yang kini hangat diperkatakan. Kenapa takut sangat untuk buktikan diri tidak bersalah?
Sepatutnya apabila wartawan bertanya seolan mengenai jam itu (tidak kira dia dari media mana) ia merupakan peluang terbaik untuk memberi penjelasan dan membuktikan jam itu ada padanya atau ada isterinya dan seterusnya membuktikan individu dalam video seks itu bukan dirinya.
Apabila seorang pemimpin besar bertindak mengherdik wartawan pada sidang akhbar seperti itu ia merupakan satu perbuatan yang tidak profesional. Sebabnya, wartawan hanya mengemukakan soalan. Bukannya membuat tuduhan. Soalan itu pula berasaskan kepada kenyataan Anwar sendiri bahawa jam Omeganya ada pada Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Jadi, apa sangat yang tidak kenanya dengan soalan wartawan tersebut? Kenapa pula hendak tuduh wartawan itu ada agenda bertanya soalan sedemikian. Sampai meleret membabitkan Utusan Malaysia. Sedangkan ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri, Utusan Malaysia antara media yang digunakan oleh Anwar untuk menjatuhkan pemimpin-pemimpin yang menjadi penghalang cita-citanya.
Jika wartawan tersebut ada agenda sekalipun, kenapa Anwar tidak boleh jelaskan dengan elok dan penuh berhemah sesuai dengan imejnya yang merupakan pemimpin terbilang dan terkenal dengan kewarakan.
Sikap Anwar yang melenting apabila di tanya tentang perihal jam Omega itu sebenarnya akan menimbulkan lebih banyak spekulasi. Satu lagi, jika takut atau tidak mahu jawab soalan jangan adakan sidang akhbar.
No comments:
Post a Comment