Pages

Thursday, 21 April 2011

Bila Melayu tak boleh cakap soal Melayu

APA salahnya apabila Melayu menyeru sesama Melayu bersatu? Ini urusan orang Melayu. Sama juga dengan pemimpin kaum lain, mereka tentunya mahu kaum mereka bersatu tanpa mengira ideologi. Sebabnya kaum yang berpecah-belah hanya merugikan mereka sendiri.
Sebab itu, apabila Utusan Malaysia menyeru kempen 1Melayu 1Bumi, ia adalah untuk kebaikan orang Melayu itu sendiri yang ketinggalan dalam serba serbi.
Lagi pula, apabila melihat satu persatu pemimpin MCA dan MIC di tolak oleh kaum masing-masing, ini seolah-olah memberi gambaran bahawa  Melayu merupakan majoriti yang menyokong kerajaan Barisan Nasional sekarang.
Jadi kenapa Dr. S. Subramaniam mahu mencampuri hal urusan perpaduan Melayu. Tidak bolehkan orang Melayu mahu bercakap mengenai perpaduan sesama mereka? Adakah apabila Melayu bercakap soal satu padu sesama mereka itu satu perkauman?
Jika akhbar seperti Utusan Malaysia tidak membicarakan atau tidak mengenengahkan idea mengenai Melayu dan Islam siapa lagi akan berbuat demikian? Dengan tuntutan komersial semakin mendesak, dengan untung rugi dan wang ringgit semakin menjadi perkiraan, tidak ada akhbar lain yang sanggup ke depan memperjuangkan Melayu dan Islam kecuali Utusan Malaysia. Tak kan orang Melayu mahu tunggu akhbar Tamil dan bahasa Cina memperjuangkan nasib mereka? Malah akhbar arus perdana lain seperti Star (milik Cina) dan NST (milik UMNO) tidak akan peduli mengenai hal Melayu dan Islam.
Subramanian dan Liow Tiong Lai sepatutnya bimbang bagaimana untuk mengembalikan sokongan kaum Cina dan India kepada BN. Bukan asyik mempertikaikan usaha-usaha menyatupadukan Melayu.
Liow kata, pengundi Cina bandar yang tidak sokong BN, maknanya dia mengakui Cina tidak sokong BN. Lagi pula berapa kerat sangat orang Cina tinggal di luar bandar. Itu pun Cina luar bandar hiduo dengan sokongan Melayu. Jika Melayu tidak sokong perniagaan mereka sudah tentu mereka tidak boleh hidup. Kenyataan Liow bahawa Cina bandar berubah ke DAP menunjukkan mereka mengundi atas pertimbangan perkauman.
Kenapa Liow dan Subramanian mahu menghentam Utusan? Tidakkah apabila Melayu bersatu dalam UMNO yang untung adalah BN? Bila BN untung tidak Liow dan Subramanian juga boleh tumpang sekaki? Ketika Liow dan Subramaniam tidak lagi di sokong oleh kaum mereka maka mereka boleh mengharap undi Melayu untuk kekal dalam kerajaan? Tidakkah itu situasi menang-menang namanya?

No comments:

Post a Comment