
Kita sebagai orang biasa pun tentunya tidak mahu kawan-kawan ada bersama-sama ketika kita sebilik dengan pelacur. Apatah lagi ketika sedang bersiap-siap untuk memulakan adegan.
Tetapi individu dalam klip video itu seolah-oleh tidak kisah orang tahu dia melakukan hubungan seks dengan pelacur. Sebab itu dia rela ada orang lain dalam bilik tersebut ketika dia menyalin pakaian dan memakai tuala dan ketika pelacur yang didakwa dari China itu menyalin pakaian dan memakai tuala sementara menanti berlangsungnya aktiviti sebenar.
Jadi, apabila sudah melakukan maksiat `beramai-ramai' seperti itu atau minta tolong orang sedia pelacur untuk aktiviti maksiat seperti itu maka ibaratnya seperti membuka pekung di dada sendiri.
Maka, tidak hairan juga jika ia tersebar luas. Seolah-olah individu yang didakwa sebagai pemimpin politik itu sendiri sememang mahu menunjukkan kepada orang akan kehebatannya atau mahu membuktikan sesuatu...
No comments:
Post a Comment